Mahkamah benar Nurul Izzah cabar cadangan persempadanan semula Wilayah Persekutuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan 10 pengundi kawasan itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal dikemukakan Jabatan Peguam Negara mewakili SPR, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

2c9adaf4cffd3540f07c5de2980b95fd

Dalam penghakimannya beliau berkata, mahkamah berpuas hati bahawa permohonan itu tidak bersifat remeh dan kesemua pemohon adalah pihak yang mempunyai kepentingan untuk mengemukakan kes mereka.

Katanya, mahkamah bersetuju bahawa terdapat persoalan dan isu yang boleh dihujahkan dalam permohonan itu dan jika terdapat sebarang kecacatan ketika proses membuat keputusan dalam prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula, ia boleh disemak di mahkamah.

Ketiga-tiga responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, Suzana Atan, Shamsul Bolhassan dan Azizan Md Arshad.

4605014853_dbb195b9f7_b.jpg

Azizul Azmi turut membenarkan permohonan peguam A.Surendra yang mewakili kesemua pemohon untuk menangguhkan prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu yang akan didengar pada 15 Feb ini diputuskan oleh mahkamah.

Nurul Izzah, 36, dan 10 pengundi berdaftar di kawasan itu memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman tersebut pada 11 Nov lepas.

Dalam permohonan itu, mereka menuntut satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan SPR dalam notis bertarikh 15 Sept 2016 berhubung cadangan persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri.– Bernama

Penganggur Bakal Didenda RM 3,000 atau Penjara 6 bulan Selepas Rosakkan Kereta Isteri

Seorang penganggur didenda RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melakukan khianat dengan memancitkan semua tayar dan memecahkan tingkap kenderaan isterinya yang menyebabkan jumlah kerosakan sebanyak RM1,000.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Melan Abdul Latiff, 44, selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukannya pada 17 Nov tahun lepas di Taman Desa Petaling di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Capture.JPG

Mengikut fakta kes, Melan telah pergi ke rumah isterinya pada hari tersebut untuk mengambil anaknya berusia tujuh tahun, bagaimanapun isterinya tidak membenarkan menyebabkan tertuduh marah.Dia ditahan polis pada 9 Jan lepas di rumahnya di Cheras.Tertuduh yang tidak dapat membayar denda itu akan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

— BERNAMA