9 Laluan untuk Menjadi Guru di Malaysia!

Ramai antara mereka di luar sana yang berminat untuk menjadi guru. Tidak kiralah sama ada pelajar lepasan SPM mahu pun yang sudah memiliki segulung ijazah. Profesion perguruan ini sangat disanjung tinggi di mata masyarakat. Lihat sahaja jika guru sudah bersara, mereka tetap akan dipanggil cikgu hingga ke akhir hayat mereka berbanding kerjaya yang lain.

guru

Oleh itu, kami kongsikan 10 laluan yang boleh digunakan untuk bergelar seorang pendidik kepada anak bangsa. Laluan tersebut bermula selepas anda menamatkan pengajian di peringkat SPM sehingga ke mana anda akan ditempatkan sama ada di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) selepas ditauliahkan sebagai seorang guru.

n1

Bagi anda yang berminat untuk mengajar di sekolah menengah. Laluan ini merupakan antara laluan yang paling popular. Selepas menamatkan SPM dan memperoleh keputusan yang baik, anda boleh membuat permohonan menyambung pengajian di mana-mana Matrikulasi di seluruh negara. Suka diingatkan, anda perlu memperolehi keputusan kredit untuk semua subjek yang diambil di peringkat SPM. Setelah diterima belajar di matrikulasi selama tempoh setahun atau dua tahun, kemudian anda boleh memohon menyambung pengajian ke universiti dengan mengambil kursus pendidikan. Selepas tamat pengajian anda akan ditempatkan mengajar di sekolah menengah.

n2

Laluan ini juga sangat popular. Majoriti guru yang ada sekarang datangnya daripada laluan ini. Misalnya guru-guru tingkatan enam, mereka menggunakan laluan ini untuk bergelar guru. Laluan ini sebenarnya dilihat membuka peluang kepada mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam SPM. Oleh itu, jangan mudah berputus asa untuk menjadi seorang guru kerana anda masih berpeluang menyambung pengajian di peringkat STPM, kemudian cuba usahakan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Selepas itu, buat permohonan melalui sistem UPU dan letakkan kursus perguruan sebagai pilihan yang pertama. Selesai sesi saringan oleh UPU, sekiranya anda layak, anda akan diminta untuk menduduki ujian Medsi (ujian menguji personaliti menjadi guru). Jika anda berjaya anda akan ditawarkan kursus perguruan di universiti pilihan anda.

n3

Laluan ini bagi mereka yang sudah menyambung pengajian di peringkat diploma selepas layak menyambung pengajian sama ada di IPTA/IPTS seperti UiTM atau politeknik. Setelah memiliki diploma, maka, anda boleh memohon menyambung pengajian di peringkat ijazah dengan memilih ijazah sarjana muda pendidikan. Tempoh pengajian perguruan adalah selama empat (4) tahun. Namun, sesetengah universiti membenarkan anda memindahkan kredit subjek yang diambil ketika anda belajar diploma dahulu. Misalnya subjek teras yang sama sahaja modulnya seperti ditawarkan di peringkat universiti, contohnya subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS), Kewarganegaraan dan sebagainya.

Bahkan, jika anda menyambung kursus pendidikan dalam bidang yang sama ketika belajar diploma dahulu, contohnya perakaunan, terdapat subjek yang sama diajarkan di peringkat pengajian ijazah sarjana, anda boleh memindahkan kredit bagi subjek tersebut. Jadi secara automatik anda tidak perlu mengambilnya semula dan tempoh pengajian dapat dipendekkan.

n4

Laluan ini boleh digunakan bagi anda yang sudah pun memiliki segulung ijazah sarjana muda tetapi bukan dalam kursus perguruan. Jadi, anda boleh memohon kursus DPLI, iaitu Diploma Pengurusan Lepasan Ijazah yang akan melayakkan anda menjadi seorang guru. Dengan adanya DPLI ini, anda akan ditempatkan mengajar di sekolah menengah.

Walau bagaimanapun sekarang, memandangkan terhadap ramai lambakan guru lepasan ijazah sarjana muda pendidikan yang belum mendapat tempat mengajar, maka Diploma ini kurang lagi ditawarkan tetapi sekiranya anda terpilih mengikuti Dipoma ini, anda akan mengikat kontrak bersama KPM selama dua (2) tahun.

n5

Laluan ini sama seperti laluan DPLI, cuma perbezaannya adalah tempat anda akan berkhidmat kelak. Bagi mereka yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), mereka akan mengajar di sekolah rendah. KPLI dilaksanakan di Institut Pendidikan Perguruan (IPG) selama tempoh setahun. Namun, ianya sama seperti DPLI disebabkan oleh faktor lambakan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) yang masih belum ditempatkan mengajar di mana-mana sekolah selain bilangan guru dan subjek yang tidak seimbang, kursus ini sudah jarang ditawarkan melainkan pengambilan guru untuk beberapa subjek kritikal sahaja seperti Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan sebagainya.

n6

Bagi anda yang memiliki ijazah dalam bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab atau yang berkaitan dengannya, maka anda boleh mencuba untuk memohon menjadi guru JQAF. Kepada anda yang menjadi guru dibawah program JQAF ini, anda akan ditempatkan terus megajar di sekolah yang berkenaan tetapi setiap kali cuti sekolah bermula, anda perlu mengikuti program JQAF selama dua (2) tahun. Selesai sahaja program berkenaan, anda akan ditempatkan semula di sekolah-sekolah rendah. Kemungkinan anda akan ditempatkan di sekolah yang lama atau sekolah baharu, ianya tertakluk kepada kekosongan yang ada.

n7

Maktab Rendah Sains MARA turut membuka peluang kepada anda untuk memohon sebagai tenaga pengajar. Sekiranya anda pernah ada kena mengena dengan MARA, misalnya bekas pelajar di bawah tajaan biasiswa MARA semasa mengikuti pengajian di peringkat Ijazah sarjana muda atau lain-lain, maka peluang cerah bagi anda untuk diserap masuk menjadi guru di Maktab berkenaan. Kaedah permohonan mudah sahaja, anda hanya perlu sentiasa peka terhadap iklan jawatan kosong yang diiklan dari masa ke semasa. Tawaran berkenaan sebenarnya tertakluk kepada kekosongan subjek dan keperluan semasa Maktab-Maktab tersebut. Selalunya keutamaan akan diberikan kepada bekas penerima biasiswa MARA, namun sekiranya sudah tertulis rezeki anda, siapalah yang hendak menidakkannya.

n8

Menjadi guru tidak semestinya mengajar di sekolah kerajaan sahaja, anda masih berpeluang untuk merealisasikan cita-cita anda dengan memohon sebagai guru di sekolah swasta. Lambakan sekolah swasta kini memerlukan ramai tenaga pengajar. Maka ambillah kesempatan yang ada. Walaupun tapisan kelayakan agak ketat sedikit tetapi jika kena dengan subjek dan kekosongan yang ada, tentu sahaja ianya bakal menjadi rezeki anda.

Walaupun ianya adalah sekolah swasta yang mana pekerjaan anda bergantung kepada prestasi diri tetapi gaji yang ditawarkan cukup lumayan berbanding guru di sekolah kerajaan dan sekiranya anda sudah cukup berpengalaman, cuba sekali lagi untuk memohon menjadi guru di sekolah kerajaan. Anda tentu akan menjadi calon pilihan memandangkan anda mempunyai cukup pengalaman dalam mengajar berbanding pemohon yang lain.

n9

Ini merupakan laluan terakhir sekiranya anda masih ingin bergelar guru. Pernahkah anda mendengar mengenai Program Teach for Malaysia?. Program ini merupakan program anjuran Badan bukan Kerajaan (NGO) yang aktif dalam membekalkan tenaga pengajar, guru-guru untuk mengajar subjek-subjek kritikal di sekolah-sekolah yang kekurangan guru dalam subjek-subjek berkenaan.

Anda yang memohon untuk mengikuti program ini perlu menjalani ujian saringan. Selepas berjaya anda akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang berkenaan. Bagi tujuan pemantapan ilmu perguruan, setiap kali menjelangnya cuti sekolah, anda diwajibkan untuk mengikuti kursus Pemantapan Perguruan bersama rakan-rakan Teach for Malaysia yang lain. Kontrak perguruan diberikan selama dua (2) tahun dan selepas tamat kontrak anda boleh memilih untuk meneruskan kontrak atau sebaliknya.

51360282309_295x200

Inilah 11 laluan yang membolehkan anda untuk menjadi seorang guru. Apa-apa pun kami mengucapkan semoga maju jaya dan berjaya mengapai hasrat bergelar guru kelak!. Untuk artikel seterusnya, kami akan berkongsikan panduan permohonan untuk menjadi guru menerusi semua laluan-laluan ini. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan kami di laman rasmi media.news.blog untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai pelbagai topik dalam dunia hari ini!.

sumber : afterschool.my/bm

Advertisements