Pakatan Harapan akan Hancur sebelum Pilihan Raya!- Syed Ali, Ketua UMNO Bahagian Cheras

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan ibarat ‘retak menunggu belah’.

Ini kerana katanya, masing-masing berkeras untuk tidak mahu mengalah dalam isu pembahagian kerusi yang bakal dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Keadaan mula meruncing apabila ada dakwaan menyebut di kalangan mereka sudah memasang impian untuk dilantik sebagai perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

“Melihat kepada kedaaan mereka yang bercelaru sesama sendiri, saya ramal pakatan tersebut akan berakhir dengan kehancuran sebelum sempat PRU,” katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Syed Ali menambah, keadaan yang semakin kalut di kalangan pembangkang kerana mereka beranggapan masing-masing mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri.

“PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH), BERSATU dan DAP dikatakan tidak mahu bertolak ansur dalam pembahagian kerusi termasuk bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang.

pakatan-harapan_600_2

“Sebagai contoh, AMANAH beranggapan mereka mempunyai kekuatan di Kelantan dan difahamkan sanggup menentang PAS dan UMNO secara bersendirian.

“Begitu juga dengan parti BERSATU yang beranggapan Kedah sebagai kubu kuat mereka sehingga dikatakan enggan menerima kehadiran AMANAH,” tegasnya.

Jelasnya lagi, ia termasuk DAP di Pulau Pinang yang tetap berkeras untuk tidak memberi laluan kepada rakan mereka, seperti yang berlaku di Selangor membabitkan PKR.

“Kecelaruan itu membabitkan Pakatan Harapan tidak mempunyai kesepakatan yang kukuh dan bila-bila masa sahaja boleh runtuh.

“Inilah bezanya permuafakatan yang dibentuk dalam gagasan Barisan Nasional (BN), walaupun UMNO sebagai tunjang tetapi rakan-rakan komponen tetap dan akan menghormati kesepakatan tersebut,” tegasnya.

syed-ali-cheras.jpg

Kata beliau, berdasarkan permuafakatan yang luhur serta utuh itu menjadikan BN sebagai sebuah gabungan parti politik yang masih kekal relevan membentuk kerajaan sejak pra-kemerdekaan sehingga sekarang.

“Formula kejayaan itu kerana pemimpin BN memiliki sikap bertanggungjawab kepada parti masing-masing dengan meletakkan kepentinggan rakyat sebagai teras perjuangan,” jelasnya.

Syed Ali yang juga Bendahari BN Wilayah Persekutuan turut menegaskan, sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang semua jentera parti perlu berkerja keras dan lebih pro-aktif mendampingi pengundi.

“Di Kuala Lumpur, kita berharap rakan-rakan komponen akan berkerja keras bagi memastikkan PRU akan datang BN mampu menguasai beberapa kawasan yang kini dimiliki pembangkang,” katanya.

Advertisements

Mahkamah benar Nurul Izzah cabar cadangan persempadanan semula Wilayah Persekutuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan 10 pengundi kawasan itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal dikemukakan Jabatan Peguam Negara mewakili SPR, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

2c9adaf4cffd3540f07c5de2980b95fd

Dalam penghakimannya beliau berkata, mahkamah berpuas hati bahawa permohonan itu tidak bersifat remeh dan kesemua pemohon adalah pihak yang mempunyai kepentingan untuk mengemukakan kes mereka.

Katanya, mahkamah bersetuju bahawa terdapat persoalan dan isu yang boleh dihujahkan dalam permohonan itu dan jika terdapat sebarang kecacatan ketika proses membuat keputusan dalam prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula, ia boleh disemak di mahkamah.

Ketiga-tiga responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, Suzana Atan, Shamsul Bolhassan dan Azizan Md Arshad.

4605014853_dbb195b9f7_b.jpg

Azizul Azmi turut membenarkan permohonan peguam A.Surendra yang mewakili kesemua pemohon untuk menangguhkan prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu yang akan didengar pada 15 Feb ini diputuskan oleh mahkamah.

Nurul Izzah, 36, dan 10 pengundi berdaftar di kawasan itu memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman tersebut pada 11 Nov lepas.

Dalam permohonan itu, mereka menuntut satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan SPR dalam notis bertarikh 15 Sept 2016 berhubung cadangan persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri.– Bernama