Penganggur Bakal Didenda RM 3,000 atau Penjara 6 bulan Selepas Rosakkan Kereta Isteri

Seorang penganggur didenda RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melakukan khianat dengan memancitkan semua tayar dan memecahkan tingkap kenderaan isterinya yang menyebabkan jumlah kerosakan sebanyak RM1,000.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Melan Abdul Latiff, 44, selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukannya pada 17 Nov tahun lepas di Taman Desa Petaling di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Capture.JPG

Mengikut fakta kes, Melan telah pergi ke rumah isterinya pada hari tersebut untuk mengambil anaknya berusia tujuh tahun, bagaimanapun isterinya tidak membenarkan menyebabkan tertuduh marah.Dia ditahan polis pada 9 Jan lepas di rumahnya di Cheras.Tertuduh yang tidak dapat membayar denda itu akan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

— BERNAMA

Meme Beri Kesan Psikologi Kepada Lizzie Penghidap Penyakit Kongenital (sukar gemuk)

Meme adalah ekspressi bergambar yang ditulis bersama kapsyen yang mana biasanya dijana untuk membuat lawak jenaka, sarkastik atau pun perkara-perkara lain.

Mungkin bagi orang ramai – yang tiada kena mengena dengan gambar di meme tersebut – perkara itu sekadar bahan hiburan.

Namun, bagi mangsa yang mana kekurangan fizikal atau aibnya dijadikan bahan meme, itu adalah satu penderaan mental.

Seorang mangsa, Lizzie Velasquez, seorang pakar motivasi meluahkan perasaan terkilannya selepas dia mendapati fotonya dijadikan meme oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Lizzie menghidapi penyakit penyakit kongenital yang jarang berlaku yang menghalang badannya dari menjadi gemuk. Dia juga didiagnos dengan sindrom Marfan.

Lizzie, 27, terjumpa memenya itu dengan kapsyen: ‘Michael berkata dia mahu berjumpa saya di belakang pokok ini untuk sedikit masa yang menyeronokkan. Dia datang lambat, boleh seseorang tag nama dia dan beritahu dia saya masih menunggu”.

Jelas sekali perkara ini menyakitkan hati Lizzie, dan Lizzie mengambil tindakan berkongsi gambar meme itu kepada 100,000 pengikutnya.

Dia menulis: ‘Saya sudah lihat banyak meme seperti ini di Facebook baru-baru ini. Saya menulis posting ini bukan sebagai seorang mangsa ┬átetapi sebagai seseorang yang boleh bersuara.

‘Saya tulis ini sebagai satu peringatan bahawa orang-orang tidak bersalah yang digunakan sebagai meme, mungkin sedang menelusuri facebook dan merasa sedih.

‘Tidak kira bagaimana rupa kita atau saiz kita, di penghujungnya, kita semua manusia. Saya meminta anda semua supaya ingat perkara ini apabila berjumpa meme viral sebegini dari orang yang tidak dikenali

‘Ada di satu masa, anda mungkin rasakan ianya lucu tetapi manusia di dalam foto ini mungkin merasa sebaliknya. Sebarkan kasih sayang bukannya ejekan.’, tulis Lizze.

Posting Lizzie itu dikongsi oleh lebih 81,000 kali dan mendapat pelbagai komen sokongan dari netizen.